Pages

Thursday 25 August 2011

SEMINIT SAJA...

…BISMILLAHIRAMANIRAHIM…
Salam buat semua pembaca blog aq..


Renungan Untuk Kita Bersama...
 
Betapa besarnya nilai wang kertas bernilai RM1 apabila
dibawa ke masjid untuk disedekahkan;
tetapi betapa kecilnya kalau dibawa ke Mall untuk dibelanjakan!

Betapa
 lamanya melayani Allah selama 15 minit namun;
betapa
singkatnya kalau kita melayan film hindustan selama 3 jam.

Betapa
 sulitnya untuk mencari kata-kata ketika berdoa (spontan) namun;
betapa
 mudahnya kalau mengata atau mengumpat
tanpa harus berpikir panjang-panjang.

Betapa
asyiknya apabila pertandingan bola diperpanjang waktunya namun
kita
 mengeluh ketika khutbah di masjid lebih lama sedikit daripada biasa.

Betapa
sulitnya untuk membaca satu lembar Al-qur'an tapi
betapa
mudahnya membaca 100 halaman dari novel atau majalah yang laris.

Betapa beria-ia orang untuk
duduk di depan dalam pertandingan atau konsert
namun lebih selesa berada di saf paling belakang ketika berada di Masjid

Betapa
mudahnya membuat 40 tahun dosa demi memuaskan nafsu berahi semata,
namun alangkah sulitnya ketika menahan nafsu selama 30 hari ketika berpuasa.

Betapa
sulitnya untuk menyediakan waktu untuk solat 5 waktu; namun
betapa
 mudahnya menyesuaikan waktu dalam sekejap pada
saat terakhir untuk event yang menyenangkan.

Betapa
sulitnya untuk mempelajari erti yang terkandung di dalam al qur'an; namun
betapa
 mudahnya untuk mengulang-ulangi gosip yang sama kepada orang lain.

Betapa
mudahnya kita mempercayai apa yang dikatakan oleh surat khabar namun
betapa kita
 meragukan apa yang dikatakan oleh Kitab Suci AlQuran.

Betapa takutnya kita apabila dipanggil Boss dan cepat-cepat menghadapnya namun
betapa kita
 berani dan lamanya untuk menghadapNya saat azan berkumandang menggema.




Renung-Renungkanlah dan Selamat Beramal.. :)

 

Wednesday 24 August 2011

Balik Kampung!



Balik kampung ooo balik kampung!!! 
Ooo..balik kampung..hati riang...

Excited nieh nk blik kampung..w/pun x jauh mne pon..hahaha..
Esok (25/8/2011) start la cuti rasmi ari raye wat sume warga UiTM..tp ade jugok yg da balek awal. dop aci btol! sesuke ati "beliau" je monteng kuliah..hehe(ketawa jelez)..
Esok, aku ngan member2 laen blek umah berkonvoi ngan muto..doakn keselamatan kami sumer ye...

Salam Aidilfitri from Mr Princehacks :)

Tuesday 16 August 2011

Fadhilat Solat Tarawih

…BISMILLAHIRAMANIRAHIM…

Salam buat semua pembaca blog aq..




Di antara kelebihan-kelebihan solat terawih ialah :

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
  • Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
  • Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
  • Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
  • Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
  • Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
  • Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
  • Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa A.S serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
  • Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S
9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
  • Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad S.A.W
10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
  • Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat. 





11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
  • Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
  • Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
  • Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
  • Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
  • Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
  • Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
  • Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
  • Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
  • Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
  • Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

 
21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
  • Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
  • Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
  • Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
  • Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
  • Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
  • Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
  • Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
  • Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
  • Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
  • Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.
  Jom pakat g tarawih ramai2... :)



Thursday 11 August 2011

FaceBlog 4 Blogger




SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTI FACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMA FACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH



Saturday 6 August 2011

Dan bila esok....



dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
untuk cinta yang pernah kita miliki
tuk selama-lamanya...

Friday 5 August 2011

Salam Ramadhan

…BISMILLAHIRAMANIRAHIM…
Salam buat semua pembaca blog aq..




Di keheningan hari dan bulan mulia ramadhan yang bakal menjelma ni, 
aq ingin ucapkan: 
SELAMAT BERPUASA! dan selamat menyambut RAMADHAN AL-MUBARAK.
Berpuasalah kita dari segala jenis fizikal, makan, minum, mengumpat, membuli, fitnah dan segala macam lagi.
Dan tak lupa juga berpuasa dari segala jenis yang batin, menahan nafsu, busuk hati, dengki, dan segala macam lagi.

Sesungguhnya, segala amalan itu akan diberikan ganjaran pahala, tetapi bagi orang yang beriman, bukan pahala itu yang menjadi matlamat, tetapi keredhaan Allah itu yang diutamakan.

Akhirnyer....

…BISMILLAHIRAMANIRAHIM…
Salam buat semua pembaca blog aq..



Alhamdulillah...akhirnyer setelah tahun demi tahun,bulan demi bulan,hari demi hari,jam demi jam,saat demi saat dan detik demi detik....BERJAYE jugak aq wat BLOG aq sendiri.. tepukan gemuruh wat aku sendiri..YEAH! :D


HARI     : Jumaat

TARIKH: 5 Ogos 2011M bersamaan 5 Ramadhan 1432H

JAM      :6.00 p.m
               i'm proud of myself! :D
Powered by Blogger.